“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 19, 2012

Aku punya cerita

telah ku nyanyikan kau lagu rindu~ lalala~

Bercakap diri sendiri di cermin bukan tandanya kita gila tapi tandanya kita cuba yakinkan diri sendiri. kau puji diri kau di cermin wahlal wajah kau tidak lah persis maria elena.

Sekali sekala cuba engkau tengok otot di badan engkau. Meskipun tidak berketul dan bersix pack. Namun, badan itulah untuk hadapi hari akan datang.

Dan cuba rasa dengupan jantung engkau. Berdenyut laju dupdapdupdap. lalu hati ini juga yang akan terus tabah hadapi hari yang penuh berliku.

Assalamualaikum pembuka bicara. eceh ayat penuh kesopanan dan kesusilaan. ehem. *cough+kahak*

BE STRONG SKILLS FOR LIFE.

Seperti biasa. gambar syok sendiri harus ada melekat di entri.#PerkaraBiasa 
Tak suka ? Ya udahlah. lain kali aku letak gambar Datuk K okay. ah persetankan sahaja.

Aku ada cerita. Dan sebenarnya dah basi. 
Kalau makan, sudah tentu sakit perut. lalu cirit birit.

Dan sebenarnya aku rindu. oh oh ~*yuna*

Dan sebenarnya aku sahaja nak update entri. Sekadar menyatakan aku masih hidup di alam maya ini. *sambil lambai-lambai* cewah. ayat macam pemes je kau ni yuyu.

Semenjak bergelar seorang pekerja, 
lantas facebook , twitter dan blog ditinggalkan terabai serabai kbai. Kasihan aku lihat penuh dengan kulat. 

Menunggu ketibaan ijazah bulan September, haruslah menikmati hari sakit badan sakit bontot sakit tumit sakit hati lalu sakit jiwa iaitu berkerja dari pagi sampai ke malam.

Selaku anak Malaysia, saya tidak boleh mengundi lagi bulan JUN ini. *eh apasal lari topik pula*

Selaku rakyat Malaysia, lemak di bahagian bontot makin menjadi-jadi. Saya nak sedekah pada sesiapa yang sudi *ah apahal aku asyik lari topik ni je* ah malas nak delete. hihi.

Selaku peminat Manchester United, saya tabah hadapi ketidakmenangan MU untuk tahun ni. 
Tahun depan kemenangan milik kita. #Glory Glory MU.

Selaku pekerja, tidak sabar menunggu gaji meskipun belum lagi cukup bulan. $$$

Selaku hamba Allah, marilah sokong Save For Palestin :D

Selaku manusia, terus sabar akan pembenci yang membenci. 

Maaf atas kelewatan entri untuk bulan ini.
Entri menyusul akan datang tentang photoshoot saya di tempat yang cantik.
Salam sayang buat lelaki kacak. <--ayat gatal kemain yuyu ni. haha. 

Salam 1Malaysia. :)


#Tak sabar nak puasa. Tak sabar nak raya. Tak sabar nak sambung degree.