“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

August 23, 2012

Edisi Raya :)

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri Wahai Orang Kampung.
Apa khabar Orang Kampung. Lama sudah tak berjumpa. Minta-minta semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Ewahh Ewahh *joget zapin*

Raya Oh Yeah Raya Oh Yeah ! 
*baling mercun bola sambil nyanyi lagu YUNA* 

Sudah tentu ramai blogger yang duk sakan berhabis pulas otak depa untuk update pasai depa punya raya.  Kemain ligat depa menaip. Ada yang hari raya pertama terus upload gambar berbaju raya depa yang liplap bergemerlipan glitter bintang bintang berkerlipan kemain di laman social. Tudiahh awat cek loghat kedah. *tunjal dahi sendiri*

Tahun 2012, saya beraya di Melaka (kampung ayah) dahulu dan Raya kedua bertolak ke Perak (kampung mak). Oleh kerana saya tidak mempunyai kedua-dua nenek dan datuk belah ayah mahupun emak, maka sayu duka rindu di hati pada pagi raya terutama bila takbir bergema pasti terjadi. Muka sedih pasti terukir bukan di bintang tapi terukir di wajah kesayangan hamba tambahan apabila bermaaf-maafan. Maka beruntung lah mereka yang mempunyai kedua nenek datuk. :( *kesat airmata*

Warna pilihan baju raya keluarga guwa adalah purpleeeeeeee. Entah kenapa warna itu menjadi carta utama di hati kami dan amat tertarik menarik memang da'bomb untuk digayakan pada pagi raya.

Location : Melaka Bandar Bersejarah.

HAI SAYA AYU DAN SAYA NAMPAK AYU HEWHEW :)

Dua permata hati kesayangan hamba. Mohon maaf atas segala dosa yang dilakukan. Sejujurnya, saya amat menyayangi mak & ayah :) T.T *lap hingus*

one happy family :) saya sayang keluarga saya :*

ini pula family pakcik saya. merah mak ngah oiiii~ Anak pakcik sungguh nakal. Kena rotan terus tak melawan. Nampak kegarangan aku disitu ? Hihi.

Dari kiri : Along. Angah. Adik. Purple Vs Merah yehhaa.

bersama mereka yang comel :* nampak kecomelan aku terserlah bila pejam mata ketika bergambar huwarhhh sungguh lawak. rasa macam takda mata.

beraya ke rumah kaum kerabat ayah sungguh memenatkan namun menghiburkan terutama makan kuih raya yang beraneka tanpa ada kadar bayaran. Ia percuma. Ia free. Maka rezeki jangan ditolak. Perut harus diisi. Ngaumm.
Adik guwa dan sepupu terkecik guwa memang suka berposing tengah panas.  

3 Gadis dalam keluarga. Mak kata pakai baju sedondon baru nampak sepakat dan nampak sehati sejiwa. Sayang Mak dan Along cikebum cikebum :*


Location : Perak Darul Ridzuan.

Selamat Hari Raya semuanya adoyainyer pun :D 

Hi, kami anak polis. Kami bangga dengan ayah :) Saiz badan adik lebih besar dari kakaknya. Itu kenyataan bukan auta.


Dua hero dalam keluarga aku. Silap besar nak main wrestling atau main pukul-pukul. Kaki penghabiskan makanan serah pada mereka. Aku tewas dalam acara penghabiskan makanan.
Bergambar Bergambar Bergambar~ itu perkara wajibun ghunnah. Tidak bergambar maka tidak lengkap. tidak lengkap maka tidak syiok. tidak syiok maka tidak seronok. tidak seronok maka marker pen. ahh tak lawak ayu. ;p
Untung ada adik-beradik yang sekepala, masuk air dan happening. Dalam kereta mesti bergegar rasa macam nak terbalik kereta papajoe sebab ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Oh sayang kak long~ sayang wan~ *petik gitar*
Background cantik tapi sayangnya muka sememeh tahan panas. Izinkan saya lempang di pipi sendiri kerana membuat memek muka seperti wajah yang berkerut mahu melepaskan saham ke dalam lubang jamban. Haha.

Wajah awet muda seperti diriku harus dijadikan contoh ye saudara saudari . Meskipun berumur 19tahun namun duit raya sering masuk ke dalam poket seperti air yang mengalir di sungai. Bahkan rasa seperti diri ini berumur 9tahun. LOL.

Bersama papajoe tercinta. Dialah boyfriend yang pertama dan terakhir.

Ku harus pergi tinggalkan kampung tercinta. Selamat tinggal kampungku~ 
Tak mudah aku pergi oh oh~ 

Oleh itu, serangkap pantun saya coretkan sebagai pengakhiran karangan saya pada kali ini. Bacalah ikut denggung dan harakat yang ada. Tayibbbb :)

Pergi ke kedai membeli santan,
Santan diletak di atas peti,
Silap dan salah minta di maafkan, 
jangan disimpan di dalam hati :)

Maafkan tuan hamba jikalau ada terkasar bahasa, terpukul dengan tidak sengaja, terngumpat yang tak kena, tersepak sebab mengada-ngada, tertweet sampai ramai yang terasa.
Tuan hamba hanyalah seorang manusia yang lemah dan sering melakukan dosa. 0-0 yaaa ? Kosong kosong segala kata cacian yang telah kau berikan aahhhh kan dah ternyanyi lagu Najwa Latif~ *tepuk dahi*

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin semuaaaaaaaaa ! *joget-joget*