“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

August 29, 2012

Be Transformer.


*selak kalendar*

*berdebar-debar*

*hitung tarikh*

*usap-usap dada*

OH OH OH YA ALLAH. 

19202122232425 26✔ 27✔ 28✔29 30 31      

.2 SEPTEMBER 2012. 
Maka segala kegembiraan dan kemeriahan raya terhenti pada tarikh itu. 
Harapan ingin bergoyang kaki di rumah"Like a Boss" harus dihapuskan pada tarikh itu.
Harapan ingin makan sesuka hati dan tidur bila-bila gua suka turut diluputkan pada tarikh itu.
Harapan ingin bertwitter hingga larut malam turut dibubarkan pada tarikh itu.
Harapan ingin berjimba sehingga duit raya habis turut dimansuhkan pada tarikh itu.

Selamat Tinggal Negeriku. Rumahku dan Katilku. Selamat Tinggal cinta-cintaku di JB. 
say HAI to UPSI. :(
Dahulunya aku mengambil course Asasi Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Namun LAW tidak lagi menjadi santapanku. Maka hilang beban yang berpaut di atas bahu comelku selama ini. Hilang juga kekusutan yang serabut minda pada dulu kala. YEHHA. *joget dangdut*

NO MORE UITM. NO MORE LAW. NO MORE WHITE BLACK. NO MORE COURT.

Perubahan demi perubahan aku rasakan. Hangat membara. Menguji akal dan minda. Masanya telah tiba untuk bertukar transformer ke arah lain. Jalan lain. Course lain. Suasana lain. Kawan lain. Semuanya berbeda. Tidak sama seperti dahulu. Harus tabah duduk di negeri peghok sorang diri. Ilmu harus dicari hingga ke negeri China. Banyak ilmu yang kita perolehi maka tidak mudah orang berpijak kepala serta meludah keji terhadap kita.

2 September 2012 tarikh mendaftar. Berperang dengan ilmu hingga berjaya. Ketika berumur 19tahun, aku sudah menjejakkan diri ke peringkat Ijazah. Maka, Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi Universiti terbaru. Universiti kedua. Dan menjadi Universiti Di HatiKu. Akhirnya cita-cita ingin menjadi engineer tercapai kini. Alhamdulilah.

tempat inilah yang akan melahirkan pelajar siswazah berjaya seperti aku. InsyaAllah.

Tiada cinta tak bermakna aku manusia bodoh.
Tiada kekasih tak bermakna aku manusia ketinggalan.
Tiada boyfriend tak bermakna aku tidak laku.
Itu semua tertulis. Kerja cita-cita dahulu. Tunaikan harapan ibubapa. Aku banyak belajar dari kesilapan. Mencari ilmu adalah keutamaanku. Meskipun diherdik, aku akan terus bangkit perjuangkan cita-citaku yang masih belum tertunai. Harapan ibubapa masih lagi ku genggam sehingga ia terburai untuk disajikan.

hidup memang indah tapi rasa keindahan itu boleh dinikmat ketika gembira sahaja.
*salahkan flash camera sebab gambar jadi cerah semacam*

Semoga aku berjaya di negeri perak darul ridzuan. Doakan aku. Salam rindu buat semua :* Goodbye.