-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

October 26, 2012

Hari diberanakkan.


Masa update:   1.23 a.m
Tarikh update:   25 Oktober 2012.
Tempat update: Rumah tercinta.

----------------------------------------------------------------------------


Nama Owner: Norhidayu Binti Juhari.
Umur: 19tahun.
Tarikh lahir: 20 october 1993.

----------------------------------------------------------------------------

BUSYYYYYYYY !~~ *mengeluh panjang*
Kelewatan update 5hari tentang kelahiranku. Hampir sebulan aku tidak mengupdate maka ramai yang dok soksek awat hang tak update blog hang cik ayu oiiii. Satu perkataan aku lafazkan "BUSY". Noktah.

20.10.2012,
Alhamdulilah~ Terima Kasih Ya Allah kerna masih diberi kesempatan untuk bernafas. untuk bergelak ketawa. untuk melihat dunia. Aku sudah melangkau ke usia tua. usia matang. usia yang hampir ke jinjang pelamin. haha.

Menurut kamus aku, Tua itu bukan bererti aku sudah mempunyai kedutan seribu di wajah kesayanganku serta gigi rongak atau bergigi emas di hadapan mahupun seperti gaya nenek yang berbongkok punyai 20cucu dan 20cicit. No No No No. Sekarang adalah usia terakhir dalam belasan tahun. Maka harus dinikmati sepuasnya sebelum usia ke arah puluhan.



"Apabila hari kelahiran menjelma bererti kematian turut hampir mendekati." 
#Muhasabah diri#

20.10.12,
tiada yang istimewa. tiada kegembiraan. tiada duit atau jodoh turun dari langit.
Cuma hanyalah pertukaran warna kulit akibat berkawad di tengah panas terik. Hitam serupa anak negro. Hitam serupa bontot kuali. Hitam serupa misai Datuk K. Ahh tetiba. Ya udah, nanti sudah ku berkahwin dengan putera raja dan punyai duit berjuta-juta maka akan aku putihkan kulitku bak seputih kapas. Ehem.

Dan... hadiah, kek dan belanja makan yang cukup membuatkan hatiku seronok beronok-ronok.
Terima kasih buat insan-insan yang tersayang.

Kepada insan yang cukup prihatin mengewishkan birthday aku,
Aku ucapkan "Terima kasih, Arigarto Gozaimashita, Syukron, Xie-xie, Gamsa-hamnida."
Mohon tahun depan belikan aku hadiah. Tak akan wish sahaja "KOT". haha.

Dulu..
Norhidayu Juhari berumur 18tahun,
yang sering terjerumus dalam kedukaan,
yang sering terleka dibuai perkara duniawi,
yang sering berhua hua TELAH TIADA !

Kini..
Norhidayu Juhari berumur 19tahun telah hidup semula,
dengan berwajah baru.
bersama azam dan impian yang satu.
berteman hati yang kental.
memikul harapan ibubapa.
menyimpan hasrat untuk memiliki cinta yang sempurna.

Menuju puncak impian di hati, bersama janji azam sejati. pasti berjaya di akademi fantasia oh oh oh. Yeayy Hidup AnakPapaJoe ! *sambil pegang sepanduk*

Doakan aku berjaya. Doakan aku dapat jodoh yang baik ehem. Doakan aku dapat menjadi manusia yang lebih baik. Doakan aku dapat menjadi engineer yang bergaya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :) Assalamualaikum.