-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

November 2, 2012

Silent is Killer

Assalamualaikum.

Aku memang terkenal dengan mulut tak berhenti duapuluhempatjam. Maka rata-ratanya orang disekelilingku majoriti ramai yang menghadapi masalah sakit telinga secara mendadak apabila bersua dengan aku. Sungguh tidak adil. Rasa macam hebat seperti ada kuasa kerna bisa perlakukan seperti itu, kah kah (gelak setan) (macam tahu je gelak setan macam mana)

Apabila berkata-kata, kena tengok siapakah gerangan orang yang kita bercakap itu. Sama ada kental ke tidak hatinya untuk menerima ayat rockers kita. Well, ada orang yang jenis cepat "sentap mak, nyah" bila kita cakap sikit padahal ayat itu tidak lah berbisa atau menyengat sanubarinya.

Alaaa cuma cakap "eh kau suka korek hidung ye?aku nampak" lalu dalam masa 3saat, terus berpaling muka sambil buat muka kerek dan terus membenci kita bertubi-tubi.
Sungguh tidak adil.

Bila kita diam apabila dimarah, dituduhnya kita tiada bukti untuk bersuara. Sungguh tidak adil. Kita cuma tidak mahu berlawan. Tidak mahu dilabel durhaka. Yakni apabila aku sudah mula berbicara, aku pasti kau akan terdiam nanti. Aku takut kau akan menangis nanti. Aku sentiasa inginkan kemenangan apabila berkata-kata. Sila gerun.

Majoriti mereka yang pendiam ini tidaklah semuanya boleh dicop ahli manusia paling baik dalam dunia. Namun ada juga yang berbisa setiap kali berbicara. Ada juga yang diam-diam ubi berisi. Sekali bersuara semua ternganga. :O Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dan buaya itu adalah mereka yang pendiam. Sekali berkata, pedih jiwa aku. Kalah pada mereka yang banyak cakap.


Dan... janganlah menganggap aku yang spesies banyak cakap sentiasa mulut jahat, mulut puaka serta mulut jamban dan mulut busuk berbau petai. Betulkan minda anda yang senget itu. Lalu kenali aku sedalamnya. Kau akan tahu bertapa ba*knya diriku. Ehem *batuk manja* hukhukhuk. Sebab itu orang kata "Don't Judge a book by it's cover". Bagi yang tidak mengerti bahasa omputih, bahasa melayunya adalah "jangan nilai seseorang dari luarannya".

Info sihat:
-Stress juga adalah silent killer. Kadangkala stress menghadap assignment, masalah cinta, masalah kahwin bila, masalah jodoh bila nak sampai (gatal 2saat), masalah test, quiz dan sebagainya.
-Diabetes juga adalah silent killer. Makan makan makan sampai terlentang sampai tak ingat dunia dan selepas itu dapat penyakit dan selepas itu mati.
-Rokok juga adalah silent killer. Beli rokok, hisap rokok, dapat penyakit selepas itu mati.

Tabik hormat buatmu Mantan Perdana Menteri. Jasamu disanjung tinggi.
*semangat patriotik*

Tiada isi berilmiah di sini sekadar berkata-kata untuk memuatkan ruang entry.
Tidak salah bukan. lalala~ *korek hidung*

Bye.