“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

February 1, 2013

Wanita terunggul.

Mak..
Itulah gelaran yang aku panggil buat insan yang tabah.
Senyumannya mampu menyembunyi kedukaan yang aku sendiri tidak ketahui.

Kadang-kadang, aku tak tahu bila masa dia sedih. bila masa dia menangis.
Teguhnya hatinya. Tabahnya hatinya.

Sekiranya aku berada di rumah, pelbagai soalan diacuhkan kepada aku.

Sudah makan belum?
Dah solat belum?
Dah mandi belum?
Jaga kesihatan tu.
Belajar rajin-rajin.

Bila diimbas kembali,
Pagi-pagi mak aku sudah bangun untuk membuatkan sarapan untuk kami anak beranak.
Dah ketuk-ketuk kuali masak itu, masak ini.
Kemas rumah acapkali. Tak suka habuk menyelubungi rumah.
Tapi..
Langsung tidak pernah mengeluh atau mengungkit.

Adatlah menjadi seorang anak, seringkali mendengar leteran seorang mak.
Tapi kata-kata itu sebenarnya nasihat. Buat kita sedar dari kesilapan.

Bila berjauhan, kau akan rasa rindu sangat dengan mak.
Tak sengaja manik-manik jernih berguguran dari bola mata apabila memikirkan kerinduan.
Rindu teramat.

"Kalau angah dah jadi Mak nanti, angah akan tahu macam mana nak pikul tanggungjawab seorang Mak"- MAK.

Kadangkala aku berfikir.
Mampukah aku menjadi seorang insan yang tabah seperti Mak?
Mampukah aku menguruskan rumahtangga seperti Mak?
Mampukah aku berjimat belanja seperti Mak?
Mampukah aku membesarkan anak yang bagus dari segi agama dan pelajaran seperti Mak?
Mampukah aku menjadi isteri mithali dan ibu bertanggungjawab seperti Mak?

Manusia sempurna dan wanita tercantik dalam dunia ini adalah Mak.
Tiada tandingan. Tiada siapa yang bisa menggantikan.

Takut.
Demi Allah, aku takut kehilangannya.


Love you, Mak.