“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 18, 2013

Manusia Plastik.


Manusia plastik merata-rata di dunia.
Bersepah-sepah. Kiri kanan ada sahaja manusia yang mem'plastik'kan diri.

Plastik. Plastik. Plastik.


Pertama-

Ada si polan yang di hadapan aku, lagaknya serupa malaikat. Suci tanpa debu.
Keprihatinannya menghalangi sangka buruk aku pada si polan.

Mukanya sebiji lambaian dari kaabah. Pijak semut sumpah tak mati.
Aku terpedaya dengan setiap gerak geri tulusnya.

Bila belakang aku, mula mengarangkan cerita keburukan aku.
Lagaknya serupa menempah neraka awal-awal. Eh.

Tidak cukup dengan 360 patah perkataan.
Diselitkan lagi memek muka acah-acah comel yang begitu dashyat.

Soalannya :
Agak-agaknya berapa tebal plastik yang dipakai? (5mark)
*berfikir-sejenak*


Kedua-

Aku juga seorang plastik.

Dihadapan manusia yang lain,
akulah manusia paling bahagia-gembira-tiada masalah.
Dihadapan manusia yang lain,
akulah manusia yang penuh dengan gelak-tawa. Melawak tak tentu masa.

Dalam hati aku? Diam-bisu-lagaktenang.

Aku seorang penipu.

Bila ditanya "Kau ada masalah ke, Ayu?"
Lantas, aku menjawab dengan penuh perit namun terselit garisan senyuman
"Tidak. Aku okay lah " *masih-sempat-korek-hidung*

Aku bangga menjadi plastik.
Aku bahagia menjadi penipu.
Demi membuat semua tidak khuatir tentangku.

Bagi aku, apa sahaja masalah yang membikin hati aku meraung,
biar dipendam sampai mati.
Bagi aku, apa sahaja masalah yang aku hadapi,
tidak perlu dijadikan bahan untuk diceritakan pada public.

Tidaklah aku kepingin menjadi pemes,
gara-gara cerita peribadiku.
gara-gara cerita cintaku.
gara-gara cerita realitiku.



Selagi Tuhanku ada, 
aku tak akan tercela dan aku senang cerita pada-NYA.