-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 25, 2014

Bukan Perempuan Kegemaran.



Aku bukan perempuan kegemaran
persis gadis-gadis lain,
berwajah putih gebu bedak tebal 15inci
bercontact lens warna warni
berlipstik merah
berkasut tumit tinggi stiletto merah 4inci,
Aku cuma gadis biasa-biasa
berkasut flat
bermata besar hitam ciptaan Tuhan
berseluar jeans lusuh
dan berbaju cap ayam.

Aku bukan perempuan kegemaran
yang wajahnya sentiasa menjadi kegilaan
dilambung segala puji-pujian
dijadikan model di keratan majalah
dikenali di celah mana-mana,
Aku cuma gadis biasa-biasa
yang tidak dikenali sesiapa
apabila terserempak di tepi jalan, tiada yang menyapa
kerna aku lebih terbiasa
dihalimunankan.

Tapi aku yakin pada Tuhan,
akan ada satu masa kelak
sang arjuna yang benar-benar menyayangi aku
hadir dalam hidupku

lalu mengatakan;

"Aku Cinta Padamu, Perempuan Kegemaranku"


-Aku benar-benar tunggu saat itu



No comments: