-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

March 6, 2012

yang pergi tak kembali.

tazkirah berlalu meruntun jiwa. ia pasal mati.
manusia menghadap ilahi adalah akhir sebuah cerita hamba Allah.

Aku gelarkan diri "aku" dan "yu" untuk entry ringkas kali ini. 

Kali ini, dunia kita berbeza.

4.3.2012. Tarikh keramat. aku kehilangan yang benar-benar amat menusuk jiwa.
menghentam hebat jiwa aku. Sumpah aku mengalirkan airmata bila mendengarnya.

kematian yang bukan dibuat main. ini serius. ini realiti.
aku kehilangan arwah opah aku buat selama-lamanya. perit untuk diterima memang selalu terjadi. tapi sekali diingati, teringat terus memori tercipta dengan opah.

aku cuma ada opah merangkap sebagai datuk dan nenek. 
celik mata di dunia hanya opah yang aku pernah rasa secebis kasih sayang seorang nenek atau datuk.

memang sukar nak dibuang perasaan sedih ini. apatah lagi nak ketawa pun masih terselit rasa duka. tapi hakikat yang perlu diterima kini, setiap yang bernyawa akan merasai mati.

Dedikasi untuk arwah opah.

dulu,
yu selalu teman opah di hospital. tunggu opah makan dan minum.

dulu,
yu selalu jadi imam bila kita sembahyang berdua.

dulu,
kita selalu mengaji sama-sama bila selepas maghrib. kadang kala sampai opah tertidur.

dulu,
opah selalu berleter yang ini salah yang itu salah. kadang kala sentap rasa.

dulu,
opah suka bergurau dan usik yu sebab tengok karenah yu yang sengal.

dulu,
bila opah datang rumah, opah pasti akan ketawa tengok gelagat kami sekeluarga.

sekarang,
semuanya berakhir. tiada lagi kita yang dulu.

yang pasti, aku merindui sebesar kasih sayang seorang opah terhadap cucunya.
mungkin orang lain yang masih ada nenek atau datuk boleh bergembira dan bahagia saat ini.

tapi bila semuanya tiada, kau akan rasa apa yang aku rasa suatu hari nanti .
penghargaan besar buat arwah opahku kerana mampu menjadi ibu dan opah yang terbaik.

pegangan agamamu menjadi ikon aku. alunan suara ketika mengaji mengusik gegendang telinga aku. syahdu bila didengari. namun, berakhir ia tetap berakhir. makin diingati, makin mengalir laju airmata ini.

terasa seperti mimpi ketika ini engkau tiada lagi dalam dunia ini.
maka, tidak bermakna perjuangan kehidupan harus dilupakan.

saat terakhir melihat sekujur badanmu dibaluti kain kapan,
airmata menjadi semakin kering. tiada lagi gelak tawa senda gurau kita sekeluarga besar yang dulu. kaku aku melihat saat dirimu dikebumikan. sayu hati tiada siapa dengari.

hanya doa dan ayat-ayat suci Al-Quran menjadi pengantaraan kami terhadap arwah yang berada di dunia berbeza. semoga opah berada di kalangan orang yang beriman. Amin.
-Al-fatihah.

#final exam tengah membunuhku. mati-matian berjuang demi final. doakan kejayaan tuan hamba. Assalamualaikum.

No comments: