-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

March 31, 2012

betul ke tidak semua ini.



ada orang kata "kawan biar beribu, berkasih biar satu"
ada orang kata "kawan sejati susah nak ditemui"
ada orang kata "kawan lain. sahabat lain"
aku kata "kawan yang aku selalu jumpa adalah kawan yang makan kawan"

kawan masa senang,
fuyoooooo fuyoooo bukan main ramai datang dekat kita. terhegeh-hegeh ingat kita. sampai terbawa-bawa ke mimpi. masa itu kita lah penawar serta penyelamat dunia dia. (itu over)

Senah: yu, nak pinjam duit. boleh tak ?
Bedah: yu, nak pinjam baju and shawl. boleh tak ?
Kiahh:  yu, nak pinjam boyfriend. boleh tak ?
A K U: semua kau boleh pinjam tapi BOYFRIEND, kaki ini melayang dekat bibir manismu nanti. gangster memang aku gangster. ahhh takut tak takut tak.

kawan masa susah,
hm tiada siapa yang sudi datang bertandang dalam hati kita.
kita dipinggirkan. kita disisihkan. pandang kita pun dia tak sudi. hak alah.

A K U: kau ada mana ? aku ada masalah ni. antara hidup dan mati.
Debab: aku busy. nanti text okay. bye !
Gemok: aku tengah dating. satgi kau cerita ok babe.
Fatty: alaaa masalah aku tak selesai. masalah kau pula aku nak tahu. cerita dekat orang lain.

Tuntasnya, aku juga bukan kawan yang terbaik.
adakala kekasaran perangai aku menguris hati. adakala kecelotehan mulut aku menyakiti hati. ya ya ya manusia tidak sempurna.
tapi secara jujurnya, I'M TRY MY BEST TO BE A GOOD FRIEND. :)

Hakikatnya,
kawan yang aku temui kebanyakkan semua yang tahu nak menjatuhkan aku. nak mendengki aku. nak tengok aku tenggelam dalam kegagalan. nak melihat aku mati dalam ketewasan dunia. ini tidak adil tidak adil bagiku *yuna version akustik*

Namun tidak semua yang bersikap sebegitu rupa, ada juga yang memahami. ada juga yang sedia menghulurkan bantuan. ada juga yang setia dengan persahabatan. ada juga yang menyayangi. ada juga yang sanggup menderita layan karenah gila aku.

In the end, saya menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya. (ayat skema gila)
I MISS MY FRIENDS SO MUCH  -sofea, nadhira, haz, the wannababes, classmates 5Bestari1, classmates LWA02E, my roomates and others :(

with roomate tercinta - happy birthday eza. si baju purple. sayang korang :)

#saya tidak sabar menunggu ketibaan buah hati pangeran jantung datang ke johor bahru. :) waiting for you ahakss (gedik teruk) hihi.

saya rindu Achik saya :*

No comments: