-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 5, 2012

situasiku

ku petik gitar akustik ini , dengan berharap dia mendengar. ewah.

Selamat datang April. Selamat tinggal March.
*lambai-lambai gaya miss world yang kalah teruk*

Seperti biasa, rutin harian aku di rumah adalah menghabiskan beras yang berkapit-kapit dan tidur bila mengantuk ataupun tidur bila-bila. eh suka hati kita lah nak tidur berapa lama, kau sibuk apahal. k emo pula minah ni. cowieee. hihi.

Baru beberapa hari duduk di rumah, aku terus mendapat tentangan hebat oleh bonda tercinta haha ayat nak klasik je puih. bonda menyuruh anakandanya berkerja. -dipaksa. dikerah. disuruh. dan ayat yang sinonim dengan maksud tadi.

Mak: "duduk dekat rumah terperuk dalam bilik. main gitar buruk. lepastu online. apa kata pergi cari kerja boleh belanja mak nanti.hihi"
Aku: "belum cukup nak qa'da tidur. hihi. lagipun,belum sampai seru nak berkerja. lek lu."
Mak: "$%#*&$^$@#!#(&%&" *malas layan*

Namun, disebabkan takmo takmo takmo jadi anak durhaka dan disumpah jadi batu lesum mahupun batu seremban, maka hasrat di hati kini automatik terbuku untuk mendapat duit titik peluh masin sendiri.

Oleh itu, selaku anak budiman yang sejati,
aku perlu membanting tulang dan perlu berpenat lelah demi beri sesuap nasi untuk anak-anak. (ok over)

muka budak ni gangster macam aku kecik dulu-dulu. dialah pewaris aku haha. 

Tujuan aku update blog kali in memang aku tiada tujuan yang jitu. sekadar suka suki duka duki. yang pasti, ayat tunggang-langgang mabuk minum todi selalu terjadi. Idea kali ini sekejap masuk sekejap keluar. lepastu terus beku. Idea kali ini suka main acah-acah. Idea kali ini hm entah lah, susah nak explain. k gedik gila.

Eh sebelum aku terlupa. Eh sebelum aku tamatkan post ini. Eh sebelum idea aku hilang. Eh Eh Eh Eh.

Ribuan terima kasih sedalam pantai desaru buatmu.

Ribuan terima kasih seluas laut danga bay buatmu, Achik.

Sebab bagi cokelat dekat kita. Sebab nak suruh kita gemuk dan bawa lemak ke hulur ke hilir. Sebab nak perhabiskan duit awak. Sebab kita memang kuat makan cokelat. Terima Kasih Daun Keladi, Lain kali Bagi Lagi Banyak *k tutup muka sambil lari 10km haha malu* ~.~

dalam masa sehari, aku bisa habiskan dua cokelat ini.

#Semakin lama berjauhan dengan yang tersayang, Semakin bersarang rindu di hati.
Hipotesis Accepted. One Mark. hoho. kbyee. :)


No comments: