“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 9, 2012

bernafas dalam kebosanan

Assalamualaikum. tak jawab dosa kalau jawab sayang. :)

update kali ini aku ada tujuan dan niat yang kukuh.

"Sahaja aku update kali ini kerana niat nak buang kebosanan." -Amin-

terima kasih sebab menderita dengan perangai weirdo sengal aku. hihi.

ada dua mamat suruh update lagi. 
katanya "seronok tengok blog aku dan ayat aku". ini pasal kau dan kau, aku terpaksa update. ulang lagi "terpaksa". kalau tak, aku nak bagi blog aku berkulat sampai penghujung bulan mei. haha. *gelak tak ikhlas*

faham tak erti
B O S A N ? *angguk-angguk terpaksa*

BOSAN PERTAMA :
bila aku bangun pagi, aku terus hadap laptop leopard aku. log in facebook & twitter. dengan semangat yang jitu, aku pun scroll down dengan penuh bertenaga, mana lah tahu kot ada informasi yang aku terlepas. pastu, aku tekan home profile home profile sampai lebam jari comel aku.

Tapi tetap bosan menghantui daku. tambahan dengan perasaan HAMPA sebab orang sama yang update status banyak kali dan majoriti status mengenai angkat bakul sendiri. Aku jijik membacanya jadi tekadkan diri terus LOG OUT. 

BOSAN KEDUA :
bila aku bangun pagi-pagi,  aku tengok muka aku dekat cermin berulang-kali. tetap sama. tetap tak berubah. Lantas, aku cakap di hadapan cermin

"Kau sangat Cantik, Norhidayu Juhari". 

Kena confident dengan diri walaupun muka macam batu-bata. Chill sudah. haha.

Namun, aku hairan. puas aku berharap jadi secantik rupawan setiap hari, sekurang-kurangnya jadi macam "Maria Elena Zarul" pun kira okay lah hihi (perasan nak mati) tapi malangnya. aku tetap aku.

terima kasih sebab puji. lain kali puji lagi haha.

tengok bukti itu. aku tak tipu. muka aku dah berubah. bermakna aku bukan suka berangan macam pak jenin or pak kaduk. jyeahh. (over lagi)

BOSAN KETIGA :
bila aku baca novel Fiksyen 302 by Ramlee Awang Murshid, novel itu aku gemari sangat.

Tabik spring buatmu, Ramlee. Novelmu berkarisma. Imaginasimu tinggi.

Dengan tidak sengaja aku terambil novel berlainan perasaan aku. bukan lagi thriller.
Tapi novel Cinta, ulang sekali lagi "NOVEL CINTA". tutptup mata aku rasa macam kena gam gajah apabila menghadap novel sebegitu. menguap berjuta kali wa cakap lu. silap haribulan, terkoyak tisu mulut aku. Mungkin jiwa aku tak seiring dan sejalan dengan novel itu.

Namun, dengan melawan arus godaan bosan yang bertubi-tubi, aku tetap paksa jiwa aku baca. Lastly, aku ambil jalan pintas untuk membaca permulaan dan penghujung cerita. haha.


dan,,


aku pun makin bosan hadap berjam-jam post ini dan mahu fikir apa nak ditaip lepas ini. ingin menyatakan di sini, aku kekurangan idea. Jadi aku buat keputusan untuk menamatkan entry ini dan terus tekan publish. SETTLE !


#Rasa nak termuntah menghadap laptop hari-hari. Inilah nasib seorang penganggur jual anggur. husihh.
Nak cari kerja ! Nak cari kerja !


No comments: