“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 21, 2012

lelah bukan asthma

muka penat aku cemgini lah rupanya. tapi budak ni menang. dia comel. aku jumpa aku bunuh dia haha.
Seminggu sudah berlalu, jadi manusia yang bermandikan keringat dan berpenat lelah itulah 

----> AKU <----

Gaya aku serupa macam janda anak 10orang yang tak sabar menanti gaji masuk.
Dek kerana nak bagi anak-anak yang sepuloh owang itu makan.

Namun, aku tidak lah berjanda. aku tidak lah beranak. "Gaya je".
tolonglah fahamm. -_- ai taknak masuk melodi lagi haha apa kes jah.

belum nak bernafas dengan enak, masa sudah berlari-lari dengan cepatnya.
Mata dah bersinar-sinar kerana gaji hampir masuk. Perghh excited !

KINI,

baru ku tahu bertapa kerja itu sangat memenatkan.

baru ku tahu bertapa seksa jiwa menghadap customer yang pelbagai perangai.

baru ku tahu bertapa susah nak cari duit.

dan..

baru ku tahu ertinya, sakitnya mencengkam dada. malam yang sesepi itu, membuka jalan selebar dunia. pewitt ! kan gua dah ternyanyi lagu AMUK yang rockers itu.

Ikutkan hati aku, hendak sahaja aku balun otak mereka yang bertindak sungguh liar.
membabi buta dan gelopoh tak sabar menunggu giliran. 

Sebagai cashier, memang niat di hati ingin sahaja aku suruh mereka scan barang mereka sendiri dan bungkus guna plastik sendiri yang tersedia ada itu.

Selaku wanita yang lemah, aku seharusnya duduk rileks sambil goyang kaki dan cuci mata lihat jejaka kacak lalu lalang. haha. (banyak cekadak kau)

Namun, peraturan tetap peraturan ! *ayat lawyer ehem*
Seharusnya budak baru belajar seperti aku perlu bertindak seolah-olah anak ayam yang baru menetas dari telur ibunya dan mahu belajar berjalan. *sambil muhasabah diri*

Papajoe pernah berkata pada aku,

"kita tak akan kenal erti hidup selagi kita belum alami kesusahan".

Ikutkan hati memang aku nak cabut baju kerja, kasut, dan lariiiiii balik rumah.
Jiwa memberontak setiap hari weii. Jiwa remaja katakan. Selalu cemgini.
Tapi dalam fikiran, harus ada tujuan yang jitu iaitu aku fikirkan :

DUIT ! DUIT ! DUIT ! $$$$$

Bak kata omputeh " No Money No Talk".

Tiada duit, Tiada shopping. :)

wajah excited lawannya untuk ke kerja.
eh eh tetiba rasa suci bersih baik mulia apabila pakai baju putih dan tudung putih. hihi.
#Menghitung hari demi hari menunggu ketibaan uang tersayang hadir ke dalam account bank. *sambil kembangkan hidung* hihi. Assalamualaikum :D