“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

February 6, 2013

Hati kembali tenang.

Sebelum exam,
hati tak tenang.

Semasa exam,
hati tak tenang.

Tunggu result,
hati tak tenang.

Dapat result,
Ahh baru tenang. *usap dada*

ALHAMDULILAH.
Result semester 1 degree begitu baik kepada aku. Tidak termakbul hajatku untuk koma apabila melihat result. Harap result semester 1 kekal berganjak ke semester 2.

Course engineering adalah course yang agak susah nak dapat 4Flat. Kalau course masak memasak ke ekonomi rumah tangga ke seni ke, aku yakin dapat 4Flat.

Ku akui aku bukanlah pelajar rajin sampai sanggup minum 5, 6 packet nescafe supaya tak tidur demi untuk study sampai titisan darah yang terakhir. *korek hidung*

Ku akui aku bukanlah pelajar yang terawal hantar assignment apabila hari ini lecturer suruh buat, esok dah kena submit. Chilexx sudah. *tiup-tiup kuku*

Ku akui aku bukanlah pelajar yang sentiasa fokus dan duduk berhadapan dengan meja lecturer. Acapkali lecturer terbeliakkan biji mata apabila melihat aku bercakap. *tunjal dahi*

Aku akui bahawasanya aku adalah pelajar yang study last minute.
Esok exam, malam ini baru mengelabah sardin nak khatamkan buku. *geleng-geleng kepala*

Kendatipun pointer mencecah segala target yang diharapkan sekian lama dean list, tapi yang penting usaha yang dibekalkan sepanjang semester ini. Ilmu yang dipikul itu lebih inti pati daripada pointer semata-mata.
                             "ILMU BUKAN PADA POINTER"

AWAL SEMESTER :        "Ayu, kau mesti kena dapatkan 4FLAT. GO GO AYU"
PERTENGAHAN SEM :  "Takpa ayu. Boleh dapat 4Flat. Usaha lebih lagi"
SELEPAS EXAM :            "Alaa Lulus pun jadilah".

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! *until infinity*
Kepada adik-adik sekalian,
langkah efisien untuk berjaya adalah jangan jadi seperti akak ayu iaitu study last minute. Disarankan study dari awal semester dan kerap ulangkaji serta jangan banyak sangat tengok movie korea. Ini semuanya lagha. *cakap-gaya-bajet-dah-habis-sem-je*


Bukan mudah nak berjaya. Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.


February 1, 2013

Wanita terunggul.

Mak..
Itulah gelaran yang aku panggil buat insan yang tabah.
Senyumannya mampu menyembunyi kedukaan yang aku sendiri tidak ketahui.

Kadang-kadang, aku tak tahu bila masa dia sedih. bila masa dia menangis.
Teguhnya hatinya. Tabahnya hatinya.

Sekiranya aku berada di rumah, pelbagai soalan diacuhkan kepada aku.

Sudah makan belum?
Dah solat belum?
Dah mandi belum?
Jaga kesihatan tu.
Belajar rajin-rajin.

Bila diimbas kembali,
Pagi-pagi mak aku sudah bangun untuk membuatkan sarapan untuk kami anak beranak.
Dah ketuk-ketuk kuali masak itu, masak ini.
Kemas rumah acapkali. Tak suka habuk menyelubungi rumah.
Tapi..
Langsung tidak pernah mengeluh atau mengungkit.

Adatlah menjadi seorang anak, seringkali mendengar leteran seorang mak.
Tapi kata-kata itu sebenarnya nasihat. Buat kita sedar dari kesilapan.

Bila berjauhan, kau akan rasa rindu sangat dengan mak.
Tak sengaja manik-manik jernih berguguran dari bola mata apabila memikirkan kerinduan.
Rindu teramat.

"Kalau angah dah jadi Mak nanti, angah akan tahu macam mana nak pikul tanggungjawab seorang Mak"- MAK.

Kadangkala aku berfikir.
Mampukah aku menjadi seorang insan yang tabah seperti Mak?
Mampukah aku menguruskan rumahtangga seperti Mak?
Mampukah aku berjimat belanja seperti Mak?
Mampukah aku membesarkan anak yang bagus dari segi agama dan pelajaran seperti Mak?
Mampukah aku menjadi isteri mithali dan ibu bertanggungjawab seperti Mak?

Manusia sempurna dan wanita tercantik dalam dunia ini adalah Mak.
Tiada tandingan. Tiada siapa yang bisa menggantikan.

Takut.
Demi Allah, aku takut kehilangannya.


Love you, Mak.


January 27, 2013

Percantuman perasaan.


Aku merenung ke luar daun jendela.

Melihat pohon dedaun menghijau.
Melihat awan mendung berarak.
Melihat telatah manusia.

Haihh.

Cuti semester tinggal beberapa ketul hari lagi.
Masa kesedapan berehat kini bakal berakhir.
Telah dirangkumkan semuanya peristiwa yang dialami.
Pelbagai perasaan diketemui. *usap dada*

Sakit hati.

Marah.

Sedih.

Gembira.

Mati mood.

Kecewa.



Seperkara yang harus diberi notis,
"Tidak aku menyukai manusia yang tidak tepati janji."

Bercakap lebat sehingga alpa bahawa kudrat tidak berdaya lagi.
Bercakap gempak seolah semua janji dapat dilaksanakan sehingga puas hati.
Mengapa ucap kata-kata janji sedangkan diri masih terkial-kial.
*tunjal dahi*

" Nah, mana janjimu? "-ucap si gadis kepada arjuna*

*menggaru kepala*- arjuna membisu.

"Mana janjimu?!"-tegas si gadis.

*masih menggaru kepala*- terdiam arjuna.

Jika berjanji sekadar ingin menyedapkan hati seseorang yang sedang tawar,
Jika berjanji sekadar ingin membuat seseorang gembira,
Jika berjanji sekadar ingin meleraikan pergaduhan,

TUNAIKAN JANJI ATAU LUPAKAN APA YANG INGIN DILAFAZKAN !

Berjanji bukan hanya pandai menggunakan gula-gula kata malahan ia harus ditunaikan.
Jangan jadi salah seorang dalam kalangan munafik.

"APABILA DIA BERJANJI, DIA MUNGKIRI".

"I janji I tak tinggalkan YOU. I janji okay. I sayangkan YOU sampai bila-bila. I janji yang I akan buat YOU......*sampai 350 patah perkataan*".-Contoh Janji Capati.

Natijahnya, janji kemana. cinta kemana. sayang kemana.
Yang tinggal, JANJI HAPRAK.

JANJI HARUS DITEPATI, BUKAN JANJI DICAPATI ! *muka gangsta*






January 20, 2013

Permainan Kata.


Rimas.

Lemas.

Seksa.

Siapa yang suka dimandikan dengan kata-kata manis,
namun setelah diselak dan diselusuri..
ternyata hanya permainan kata.

Ditipu.

Siapa yang suka ditemani manusia penipu.
pada awalnya menonjolkan manusia beradab malahan baik dari segi kata-kata..
hakikatnya terselindung berhati syaitan.

Di hadapan acah-acah tunjuk lagak baik.
Pijak semut sumpah tak mati.
Berwatak mulia seperti manusia suci tanpa dosa.
"Aku sentiasa ada dengan engkau waktu susah atau senang".
Hakikatnya diselimuti dengan penipuan semata-mata.

Sumpah seranah ditaburkan.
membuatkan aku hilang kawalan.
manusia suci pada awalan rupanya bertopengkan kebinatangan.

Tragis.

Pedih.

Aku cuba nasihati diri.
Jangan mudah percaya lagi.
Mungkin dengan semua orang.
Setiap bait ayat yang diberi. Membuat hati seakan mati.
Satu-persatu terhiris.

Tapi ia belum berakhir...
Hidup aku belum ternoktah.
Bangkit aku lagi. Bangkit.
Untuk memperjuangkan hati yang tersisa kini.
Tapi bukan untuk orang yang menipu.
Tapi bukan untuk orang yang tak hargai.
Tapi bukan untuk orang yang pandai bertabur janji.

SEPERTI KAU.






January 14, 2013

Permulaan langkah.



Setelah dikira dengan jari kaki,tangan serta helaian rambut aku, sedar aku sedar masa telah berlari pecut dan berakhir di garisan penamat. Kini garisan baru diukir bersama laluan yang baru berserta perjuangan baru.

TAHUN DUA RIBU DUA BELAS,
usah diingati lagi. usah dikenang lagi. Ia sudah basi. Ia sudah berkarat.
Tahun itu begitu banyak meragut pelbagai perasaan dan tenggelamkan perasaan aku ke dalam kancah dugaan berliku. Pahit untuk ditelan. Sakit untuk dikunyah.

TAHUN DUA RIBU TIGA BELAS, 
Tahun baru. Azam baru. Semangat baru. Cinta baru. Ehem.

Kumpul azam banyak-banyak bergunung-ganang pada awal tahun. Muatkan semuanya dalam nota agar menjadi peringatan. Tampal di dinding ,di cermin, di dahi dan semat dalam kepala hotak agar sentiasa bersemangat.

Pertengahan tahun, azam masih kekal cantik dan tidak berubah.
Bisik hati "Rileks lah wei.. banyak hari lagi, Ayu. Chillex" *sambil tiup-tiup kuku*

Penghujung tahun, azam masih tidak berusik.
Monolog hati "Takpa takpa. kita cuba tahun depan ye, Ayu".
Itulah AKU. *korek hidung*

Azam 2013, aku nak menjadi manusia baru. melupakan masa lalu. memandang masa kini dan masa depan. berharap jiwa semakin kental. dan... meneruskan azam lama yang tertunggak.
Berusaha menepis kesedihan dan menyelimuti diri dengan kegembiraan.

Buang sifat malas yang membuak-buak dalam jiwa.
Semat perasaan rajin (gila). *jeling-jeling*

Aku...
akan menghargai setiap manusia yang hadir dalam hidup aku.
Aku...akan cuba menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, kakak yang tegas, adik yang manja, kawan yang memahami dan saudara sesama islam yang menghormati satu sama lain.

In sha Allah :)


Aku Ayu tapi tidak Ayu kadangkala Ayu tapi selalunya tak Ayu. (ayat mabuk)